Wednesday, July 28, 2004

Isu pendidikan seks remaja, anak perkosaan dan melancap

***********************

Salam
Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya akan cuba menjawab sebaik mungkin. Soalan-soalan yang ditujukan nampaknya menunjukkan kematangan yang tinggi.
Syabas! Jawapan saya dalam italic.


Soalan pertama:

Bagaimanakah caranya untuk mendedahkan pengetahuan tentang seks
ataupun yang seumpama dengannya dari sudut positif tidak mengira
usia.Kerana pada masa kini apabila persoalan tentang pendedahan
seks diutarakan,ramai ibubapa seolah-olah tidak bersetuju.Apa pendapat doktor?

Jawapan:

Dalam pendidikan seks menurut perspektif Islam, pengetahuan seks diajarkan mengikut 4 peringkat usia - pra-baligh (7-10 tahun), baligh ( 11-13 tahun), remaja (14 - 16 tahun) dan dewasa muda/belia ( 17 tahun ke atas). Perkara-perkara yang perlu didedahkan juga berbeza mengikut peringkat umur. Ramai ibubapa tidak setuju kerana KEKURANGAN ILMU tentang bagaimana mahu menjelaskan perkara ini kepada anak-anak mereka. Namun saya amat merasakan ilmu ini amat penting diajarkan oleh ibubapa sendiri. Saya dan rakan-rakan dalam JIM sedang berusaha menunjukkan jalan dan cara mendidik anak-anak ttg. perkara yang berhubungan seks kepada ibu bapa. Harap Nurul bersabar menunggu kesediaan ibu bapa hari ini utk. menjalankan peranan tersebut.Diharap Nurul akan merujuk sumber -sumber yang SAHIH bila bertanya ttg. seks - seperti ibu bapa sendiri (sekiranya sikap mereka terbuka), guru-guru biologi dan ustaz/ustazah @ org. dewasa yang matang dan bertanggungjawab. Jangan bincang sesama kawan dan teman sahaja. Takut-takut ada banyak ilmu ajaran sesat!

Soalan kedua:

Saya mendengar kata-kata dari seorang ustaz yang mengatakan bahawa anak dikandung dari hasil perhubungan yang tidak direlai oleh seorang perempuan(perkosa) boleh digugurkan.Namun ramai yang ingin meneruskan kandungan itu.Pada pendapat doktor,apakah tindakan sewajarnya bagi seseorang itu sama ada digugurkan atau sebaliknya?

Jawapan:

Kebanyakan ulamak menetapkan bahawa kandungan hasil pemerkosaan atau persetubuhan haram yang dipaksa @ tidak HARUS dianggap suci dan tidak boleh dianggap `kotor' dan keji. Dosa perzinaan hanya ditanggung oleh lelaki dan wanita yang berzina, namun kalau mengikut sejarah, Rasulullah SAW menghormati hak kandungan tersebut. Mengikut pandangan ini, ramai ulamak yang tidak setuju membenarkan pengguguran dilakukan. Namun, ada kes yang melibatkan gangguan kepada kesejahteraan kesihatan mental dan emosi wanita tersebut, terutamanya yang dirogol sekiranya terus dgn kehamilan tersebut. Dalam kes ini, setelah dua ( ada pandangan yang mengatakan tiga) orang pakar sakit jiwa setuju bahawa kewarasan wanita tersebut terganggu jika kehamilan diteruskan, maka pengguguran dibolehkan. Sekiranya tidak, masyarakat harus membantu dan menyokong kehidupan wanita yang diperkosa tadi , bukan hanya mencemuh dan meminggirkan mereka.

Soalan ketiga:

Apakah kesan bagi seorang perempuan yang melancap dan adakah air
paip juga boleh dijadikan salah satu alat untuk melancap?Apakah tahap kesuburannya masih kekal?

Jawapan:

Dari sudut perubatan, tiada kesan fizikal yang negatif hasil dari melancap. Mungkin Nurul pernah mendengar, dikatakan melancap akan menyebabkan seseorang itu mandul, mendapat penyakit kelamin, menjadi tidak waras dll. Kajian saintifik tidak dapat membuktikan perkara ini. Namun, saya tidak dapat menilai dari sudut kesan kepada kesihatan emosi dan spiritual. Apa yang pasti, jika seseorang melakukan melancap terlalu kerap, dia perlu mendapat bantuan doktor utk. mengetahui apa yang sedang dialaminya dari sudut kematangan seksual. Ada yang mendefinisikan melancap sebagai perbuatan mendapatkan keseronokan dengan memegang, menyentuh dan mengenakan tekanan/geseran kepada kelentit dan kemaluan. Kebanyakan org. memahaminya sebagai cara sengaja mengeluarkan air mani. Kalau ikut definisi pertama, sememangnya ada orang yang melancap dgn memancutkan air paip yang laju kepada kelentitnya, dan dia merasa seronok dan teruja. Dari sudut pandang Islam, banyak yang menganggap melancap adalah sesuatu yang makruh. Eloklah mengisi masa lapang dgn aktiviti berfaedah dari disia-siakan dgn aktiviti melancap ini.
Wallahua'lam
Dr.Harlina
PS - Minta izin memuatkan soalan anda ke dalam ruangan umum utk. diambil pengajaran oleh org. lain yang mungkin ada pertanyaan yang sama.

Sudah banyak rasanya yang saya kemukakan.Saya harap doktor dapat
menjawabnya kerana pada hari tersebut saya belum mendengar jawapan dari doktor kerana masa mencemburui kita.Saya juga baru perasan muka doktor terpampang dalam majalah Dara ataupun Nur.
Itu sahaja yang ingin saya tulis pada hari ini.Terima kasih diucapkan
jikalau doktor sudi menjawab soalan saya ini.

Wassalam.............
Ikhlas dari
NN
Sekolah Men.Munshi Abdullah, Segamat



Links